Selasa, 23 Ogos 2011

Pengambilalihan Pengendalian Blog Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera yang tidak menjawabnya...

Pertama-tamanya saya menujukan panjat kurniaan-Nya kerana diveri kepercayaan bagi mengendalikan blog ini selama hampir setengah tahun ianya "hidup segan mati tak mahu", jadi ruang dan peluang ini saya gunakan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan2 Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif serta tidak lupa kepada Penasihat PSSGMPPJB kerana sedia memberikan sokongan bagi mengerakkan semula PSSGMPPJB seperti apa yang saya kata tadi...

Pada tahun ini juga, sejarah yang hampir sama berulang apabila nadi penggerak PSSGMPPJB sudah ketiadaan beliau di sini iaitu Encik Ainuddin Hata. Karana selama ini beliau menjadi tonggak kepada PSSGMPPJB telah hilang dari kami di sini membuatkan keadaan kucar-kacir. Namun saya percaya dengan tindakan Encik Ainuddin Hata, serba sedikit telah membuka mata kami supaya kembali kukuh dan mengumpulkan kekuatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain lagi.

Diharap cacatan saya pada kali ini terus menjadi renungan dan iktibar untuk kita semua...semoga dengan ini GAYONG akan menjadi kuat dan bersatu...

Wassalam dan selamat maju jaya...

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Tiada ulasan:

Catat Ulasan