Selasa, 23 Ogos 2011

Flow Pembentukkan Semula PSSGMPJB

En. Ainuddin Hata telah graduasi pada akhir April 2011

Sesi Jun 2011 : Salah seorang wakil PSSGMPPJB menyibukkan dirinya untuk mengetahui perjalanan terbaru mengenai PSSGMPPJB melalui Penasihat PSSGMPPJB iaitu En.Hamidon.

Setelah 2 minggu tiada respond,wakil tersebut telah menelefon En.Ainuddin Hata bagi mendapatkan penjelasan mengenai status PSSGMPPJB.

Minggu berikutnya, Penasihat PSSGMPPJB diminta untuk berjumpa Ketua JHEP (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Tn. Hj Aziz Bin Abdul Talib bagi menerangkan permasalahan yang melanda PSSGMPPJB, dalam pada masa yang sama PSSGMPPJB didaftarkan semula (renew) pendaftarannya kepada Politeknik Premier Johor Bahru.

Penasihat PSSGMPPJB kebuntuan seketika disebabkan pada masa yang sama, beliau menjadi Penasihat Akademik tambahan pula beliau terpaksa memikul bebanan kerja, akibatnya beliau sibuk dan kadang-kala terpaksa outstation

Suatu malam, En.Ainuddin Hata mendapat panggilan telefon mengejut dari wakil tersebut, memintanya menyerahkan semua nama barisan Pemegang Amanah iaitu dikenali Majlis Eksekutif diserahkan kepada En. Hamidon pada hari berikutnya.

Bermulanya disini, nama PSSGMPPJB diuar2kan kepada khalayak ramai sehingga ke peringkat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPJB dan JHEP. Ini menunjukkan PSSGMPPJB ibarat cendawan mula bercambah.

Barisan Pemegang Amanah atau sinonimnya Majlis Eksekutif mula memainkan peranan sebagai medium perantaraan antara barisan pengurusan PSSGMPPJB dengan ahli PSSGMPPJB. Dalam masa yang sama PSSGMPPJB membuat beberapa pertemuan bersama-sama gurulatih-gurulatih, ahli dengan ahli, ahli dengan penasihat bagi menyelesaikan permasalahan yang melanda PSSGMPPJB.

Selain itu juga, PSSGMPPJB terus diangkat namanya sebagai antara 5 Kelab & Persatuan yang paling aktif dalam Politeknik Premier Johor Bahru apabila PSSGMPPJB berjaya membuat pendaftaran semula (renew) keahliannya dibawah nama Politeknik Premier Johor Bahru serta menghantar wakil bagi menyertai beberapa program dan kem yang dianjurkan oleh Kelab & Persatuan yang lain termasuklah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Johor Bahru.

Dalam pada ketika ini, PSSGMPPJB diberi amanah oleh Politeknik Premier Johor Bahru serta warganya terutamanya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Premier Johor Bahru dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Premier Johor Bahru untuk mengendalikan Program Global Education Carnival iaitu program yang berbentuk keilmuan antaranya Keusahawaan, Keilmuan dan Kerjaya dan Pengurus Programnya ialah Muhammad Nor Azizi (Jiji) sebagai wakil PSSGMPPJB.

Pada 16 Julai 2011, barisan Majlis Eksekutif bersama ahli PSSGMPPJB mengadakan pertemuan mengejut untuk membincangkan permasalahan dan penyelesaiannya secepat mungkin, disini termeterainya beberapa deklarasi yang menuntut supaya PSSGMPPJB kembali pulih dan seterusnya...

Pada 20 Julai 2011, PSSGMPPJB menyertai sekali lagi, program yang dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membuktikan pengukuhan nama PSSGMPPJB sebagai 5 Kelab & Persatuan yang terbaik dalam Politeknik Premier Johor Bahru. Walaupun berhadapan dengan pelbagai permasalahan atau konflik berlaku, sememangnya kekuatan kesepaduan PSSGMPPJB tidak dapat disangkal lagi.

Pada tanggal 23 Julai 2011,satu pertemuan bagi membentuk organisasi baru dan terbaharu dalam PSSGMPPJB dan melupakan seketika permasalahan yang berlaku, tetapi dalam pada masa yang sama PSSGMPPJB perlulah meneruskan perjalanannya selaku antara 5 Kelab & Persatuan yang terbaik di Politeknik Premier Johor Bahru.

dan akhirnya Jawatankuasa Perlaksana (Majlis Tertinggi) dan Perunding (Majlis Eksekutif termasuklah Penasihat PSSGMPPJB) berjaya dibentuk berikut adalah Jawatan kuasanya



Penasihat
En.Hamidon
bersama-sama penasihat adalah
Majlis Eksekutif

Pengerusi
Muhammad Firdaus Bin Murad
(Ulaq)

Naib Pengerusi
Ain Quraisha Binti Suzani
(Ain)

Setiausaha
Intan Nurul Atikah Binti Mohd Zaki
(Atikah)
Naib Setiausaha
Ahmad Taufiq Bin Mohd Fauzi
(Abe/Topek)

Bendahari
Muhammad Nor Azizi Bin Alamin
(Jiji)
Omar Dani Bin Md Ilias
(Oma)*

Naib Bendahari
Atikah
(Eka)
Anis Khusyamira Akmaar Bt Mohammed Azman
(Anis)*

Ketua AJK Gelanggang
Khairul Haizal Bin Khairruddin
(Airul)

Naib AJK Gelanggang
Saleha Binti Zainal Abidin
(Saleha)*

Ketua AJK Blog dan Multimedia
Muhammad Asyraf Bin Mohd Rozi
(Sood/Yakin/Acap)

Naib AJK Blog dan Multimedia
Nor Shahida Binti Abu Hassan Shaari
(Shida)*

Ketua AJK Promosi
Ali Muzahab Bin Kaidir
(Ali)

Naib AJK Promosi
Hafizah Binti Zakaria
(Fiza)*

*Pelapis

Kepada semua barisan Majlis Eksekutif dan Majlis tertinggi diucapkan selamat menjalankan tugas

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Tiada ulasan:

Catat Ulasan