Sabtu, 4 Februari 2012

Demonstrasi Persembahan PSSGM & Sesi Pendaftaran Ahli Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam satu Gayong

Alhamdulillah bersyukur kehadrah Ilahi kerana diberi peluang update news feed terbaru mengenai PSSGM Politeknik Ibrahim Sultan, JB. Pada 17 Januari 2012 yang lalu PSSGM PIS mengadakan serta mengendalikan Demostrasi di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan, JB.

Peristiwa ini bermula pada jam 9 Malam yang dimulakan dengan Lagu Keramat:Lagu Gayong Kebangsaan, kemudian disusuli dengan persembahan Bunga Tanjung oleh Srikandi-srikandi PSSGMPJB, selepas itu persembahan pertunjukkan Golongan 11-31 Harimau.Selepas persembahan pembukaan tadi diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi PSSGM Politeknik Ibrahim Sultan, JB iaitu Saudara Muhamad Alif Syahmi.

Selepas ucapan pengerusi yang mengandungi asas pengenalan PSSGM iaitu sejarah penubuhannya serta makna disebalik logo dan perkataan PSSGM dengan lebih mendalam. Turut difahamkan bahawa PSSCM (Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia) menyatakan turut mengadakan pengambilan ahli baru serta latihan. Kehadiran dan sambutan yang diterima turut mengalakkan apatah lagi dengan pertunjukkan beberapa teknik dan sebagainya.

Turut disajikan pertunjukkan iaitu Selayang Pandang 3-1 (Awan Putih tahap I, 3 Putera dan 4 Srikandi) diikuti dengan pertunjukkan Tempur Tangan Kosong (Peserta Awan Putih tahap II), 2 Putera dan 4 Puteri), Keris ( Sepasang Putera Pelangi Hijau ), Tombak ( Seorang Putera Pelangi Merah ) dan akhir sekali Parang (Seorang Puteri Pelangi Merah Bercula II bersama Srikandi Pelangi Kuning) yang paling memberi tumpuan dari penonton di dalam dewan. Turut mempersonakannya apabila beberapa percikkan api keluar apabila parang sering berlaga-laga.

Mencari ilmu sehingga ke mati,
Gerak langkah susun diatur,
Ayuh! Perkemas mantapkan diri,
Bagi membela agama, bangsa,
keluarga dan diri,
Untuk bersedia bertempur...

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Tiada ulasan:

Catat Ulasan