Khamis, 7 Oktober 2010

Gayong Perdana 2010

Assalamualaikum...salam gayong sedunia..Alhamdulillah,baru-baru nie pada 2 Oktober 2010,seramai 22 org ahli PSSGMPJB telah menyertai perhimpunan gayong,'Gayong Perdana 2010' bertempat di Ampang,Selangor..

Satu pengalaman yang sangat seronok dan bermakna..maklumlah,bukan selalu program seperti ini dijalankan..2 tahun sekali kalau tidak salah saya..Jadi sebagai anak gayong,kami berasa sangat bangga dapat menyertai program seperti ini..

Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Ampang,seramai kira-kira 3000 lebih anak-anak gayong dari serata tempat termasuklah luar negara seperti Singapura,Turnisia,United Kingdom dan Perancis..

Team Johor dalam lebih kurang 5 buah bas..dan kami sampai di sana dalam jan 8.00 pagi..majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi iaitu raptai persembahan dari semua anak gayong yang hadir..

Majlis rasmi bermula jam 3.00 petang..yang menyaksikan penyampaian sandang imam khalifah agong kepada PM kita,Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak..seramai 80 orang anak gayong membuat persembahan,wakil dari setiap negeri..

Majlis berakhir jam 6.30 petang dan selepas itu,semua menikmati jamuan raya yang telah disediakan..


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan