Sabtu, 11 Julai 2009

SALAM PERKENALAN

Blog ini sy bina untuk kemaslahatan Kelab PSSGM Politeknik Johor Bahru dari awal hingga bila-bila.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dah lama wujud di Malaysia ni. Sejak Zaman Kegemilangan Melayu Melaka lagi. Tetapi, di Politeknik Johor Bahru ne je yang belum ditubuhkan.

Hampir setahun saya dan beberapa sahabat mengusahakan penubuhan Kelab Pertubuhan Silat Seni Gayong ini dengan harapan agar dapat di daftarkan sebagai satu kelab kokurikulum di Politekinik Johor Bahru ini. Namun, harapan tinggal harapan. Apabila segala usul, kertas kerja dan segala prosedur telah kami turuti, tidak dengar langsung khabar berita dari pihak atasan.

Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, saya bersama sahabat yang lain harungi juga demi memartabatkan PSSGM di Politeknik Johor Bahru ini. ALhamdulillah, rahmat ALLAH itu luas, saya usulkan pula kertas kerja kepada penyelaras JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR dengan harapan agar diluluskan dan dengan itu memudahkan pergerakan kami di PJB.

Maka pada bulan April 2009, tertubuhlah PSSGMPJB di bawah naungan JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) PJB ini. Saya dan sahabat akan terus memperjuangkan memartabatkan salah satu tinggalan warisan bangsa dan agama kita ini hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan