Khamis, 15 Disember 2011

Lama Tidak Update

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah hampir setahun admin tidak news update. Dikhabarkan pada 19hb November 2011 yg lalu seramai 15orang ahli ataupun anak-anak Gayong menjalani Mandi Adat iaitu Mandi Sintuk Seni dan Mandi Perlimau Tapak. turut bersama dalam adat tersebut adalah YB Dato' Ismail iaitu NYDP PSSGM Pusat di Kuala Lumpur telah turun padang. Banyak tips dan pesanan yang diperolehi ketika melakukan Mandi Adat tersebut.

Antara pesanan beliau adalah:
i. Sentiasa bersatupadu dan taat setia kpd Gayong tanpa berbelah-bahagi
ii. Menjalinkan hubungan yg erat dan menjaganya sesama sendiri dan sesama guru
iii. Pengiktirafan bengkong berdasarkan kelayakan yang disokong dari penerimaan dan penyerahan sijil
iv. Sekiranya berkemampuan khatamkan 70000 surah An-Ikhlas
v. mengamalkan bacaan al-Quran sebagai pedinding dan perlindungan diri
vi. dan sebagainya...

dan diucapkan sekalung tahniah kepada anak-anak Gayong yang sudi hadir ketika itu...
Semoga tips ini dijadikan wacana kehidupan untuk diamalkan dalam kehidupan harian...

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927