Khamis, 15 Disember 2011

Lama Tidak Update

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah hampir setahun admin tidak news update. Dikhabarkan pada 19hb November 2011 yg lalu seramai 15orang ahli ataupun anak-anak Gayong menjalani Mandi Adat iaitu Mandi Sintuk Seni dan Mandi Perlimau Tapak. turut bersama dalam adat tersebut adalah YB Dato' Ismail iaitu NYDP PSSGM Pusat di Kuala Lumpur telah turun padang. Banyak tips dan pesanan yang diperolehi ketika melakukan Mandi Adat tersebut.

Antara pesanan beliau adalah:
i. Sentiasa bersatupadu dan taat setia kpd Gayong tanpa berbelah-bahagi
ii. Menjalinkan hubungan yg erat dan menjaganya sesama sendiri dan sesama guru
iii. Pengiktirafan bengkong berdasarkan kelayakan yang disokong dari penerimaan dan penyerahan sijil
iv. Sekiranya berkemampuan khatamkan 70000 surah An-Ikhlas
v. mengamalkan bacaan al-Quran sebagai pedinding dan perlindungan diri
vi. dan sebagainya...

dan diucapkan sekalung tahniah kepada anak-anak Gayong yang sudi hadir ketika itu...
Semoga tips ini dijadikan wacana kehidupan untuk diamalkan dalam kehidupan harian...

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Jumaat, 23 September 2011

Pengambilalihan Tugas Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerna diberi peluang utk trus menerajui blog ini. Sehubungan dengan itu, bahawasanya PSSGMPPJB akan memulakan sesi pengambilan ahli baru bg sesi Jun 2011. Dalam kesempatan ini juga, PSSGMPPJB akan mjlnkan latihan rutinnya sprti yg telah dinyataan pd kiriman yg lps.

Pada tarikh 29 dan 30 September ini, PSSGMPPJB akan terlibat sbgi AJK bg pelaksaan program Perpaduan dan Integrasi Nasional di Dewan Serbaguna PPJB. Sehubungan dgn itu, dijangkakan PSSGMPPJB secara keseluruhannya dlm kesibukan utk menyediakan peralatan dan kelengkapan ketika program tsbt berlangsung.Tambahan pula PSSGMPPJB sdg berusaha utk mpergiatkan latihan demonstrasi bg utk pengambilan ahli GAYONG baru.

Agak lama juga lupa utk saya update blog ini,
Akhir kata dr sye dan mewakili seluruh ahli2 GAYONG, PSSGMPPJB, Penasihar PSSGMPPJB barisan2 Majlis Eksekutif dan barisan2 Majlis Tertinggi mengucapkan





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54

Selamat Hari Malaysia


Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Selasa, 23 Ogos 2011

Flow Pembentukkan Semula PSSGMPJB

En. Ainuddin Hata telah graduasi pada akhir April 2011

Sesi Jun 2011 : Salah seorang wakil PSSGMPPJB menyibukkan dirinya untuk mengetahui perjalanan terbaru mengenai PSSGMPPJB melalui Penasihat PSSGMPPJB iaitu En.Hamidon.

Setelah 2 minggu tiada respond,wakil tersebut telah menelefon En.Ainuddin Hata bagi mendapatkan penjelasan mengenai status PSSGMPPJB.

Minggu berikutnya, Penasihat PSSGMPPJB diminta untuk berjumpa Ketua JHEP (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Tn. Hj Aziz Bin Abdul Talib bagi menerangkan permasalahan yang melanda PSSGMPPJB, dalam pada masa yang sama PSSGMPPJB didaftarkan semula (renew) pendaftarannya kepada Politeknik Premier Johor Bahru.

Penasihat PSSGMPPJB kebuntuan seketika disebabkan pada masa yang sama, beliau menjadi Penasihat Akademik tambahan pula beliau terpaksa memikul bebanan kerja, akibatnya beliau sibuk dan kadang-kala terpaksa outstation

Suatu malam, En.Ainuddin Hata mendapat panggilan telefon mengejut dari wakil tersebut, memintanya menyerahkan semua nama barisan Pemegang Amanah iaitu dikenali Majlis Eksekutif diserahkan kepada En. Hamidon pada hari berikutnya.

Bermulanya disini, nama PSSGMPPJB diuar2kan kepada khalayak ramai sehingga ke peringkat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPJB dan JHEP. Ini menunjukkan PSSGMPPJB ibarat cendawan mula bercambah.

Barisan Pemegang Amanah atau sinonimnya Majlis Eksekutif mula memainkan peranan sebagai medium perantaraan antara barisan pengurusan PSSGMPPJB dengan ahli PSSGMPPJB. Dalam masa yang sama PSSGMPPJB membuat beberapa pertemuan bersama-sama gurulatih-gurulatih, ahli dengan ahli, ahli dengan penasihat bagi menyelesaikan permasalahan yang melanda PSSGMPPJB.

Selain itu juga, PSSGMPPJB terus diangkat namanya sebagai antara 5 Kelab & Persatuan yang paling aktif dalam Politeknik Premier Johor Bahru apabila PSSGMPPJB berjaya membuat pendaftaran semula (renew) keahliannya dibawah nama Politeknik Premier Johor Bahru serta menghantar wakil bagi menyertai beberapa program dan kem yang dianjurkan oleh Kelab & Persatuan yang lain termasuklah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Johor Bahru.

Dalam pada ketika ini, PSSGMPPJB diberi amanah oleh Politeknik Premier Johor Bahru serta warganya terutamanya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Premier Johor Bahru dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Premier Johor Bahru untuk mengendalikan Program Global Education Carnival iaitu program yang berbentuk keilmuan antaranya Keusahawaan, Keilmuan dan Kerjaya dan Pengurus Programnya ialah Muhammad Nor Azizi (Jiji) sebagai wakil PSSGMPPJB.

Pada 16 Julai 2011, barisan Majlis Eksekutif bersama ahli PSSGMPPJB mengadakan pertemuan mengejut untuk membincangkan permasalahan dan penyelesaiannya secepat mungkin, disini termeterainya beberapa deklarasi yang menuntut supaya PSSGMPPJB kembali pulih dan seterusnya...

Pada 20 Julai 2011, PSSGMPPJB menyertai sekali lagi, program yang dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membuktikan pengukuhan nama PSSGMPPJB sebagai 5 Kelab & Persatuan yang terbaik dalam Politeknik Premier Johor Bahru. Walaupun berhadapan dengan pelbagai permasalahan atau konflik berlaku, sememangnya kekuatan kesepaduan PSSGMPPJB tidak dapat disangkal lagi.

Pada tanggal 23 Julai 2011,satu pertemuan bagi membentuk organisasi baru dan terbaharu dalam PSSGMPPJB dan melupakan seketika permasalahan yang berlaku, tetapi dalam pada masa yang sama PSSGMPPJB perlulah meneruskan perjalanannya selaku antara 5 Kelab & Persatuan yang terbaik di Politeknik Premier Johor Bahru.

dan akhirnya Jawatankuasa Perlaksana (Majlis Tertinggi) dan Perunding (Majlis Eksekutif termasuklah Penasihat PSSGMPPJB) berjaya dibentuk berikut adalah Jawatan kuasanya



Penasihat
En.Hamidon
bersama-sama penasihat adalah
Majlis Eksekutif

Pengerusi
Muhammad Firdaus Bin Murad
(Ulaq)

Naib Pengerusi
Ain Quraisha Binti Suzani
(Ain)

Setiausaha
Intan Nurul Atikah Binti Mohd Zaki
(Atikah)
Naib Setiausaha
Ahmad Taufiq Bin Mohd Fauzi
(Abe/Topek)

Bendahari
Muhammad Nor Azizi Bin Alamin
(Jiji)
Omar Dani Bin Md Ilias
(Oma)*

Naib Bendahari
Atikah
(Eka)
Anis Khusyamira Akmaar Bt Mohammed Azman
(Anis)*

Ketua AJK Gelanggang
Khairul Haizal Bin Khairruddin
(Airul)

Naib AJK Gelanggang
Saleha Binti Zainal Abidin
(Saleha)*

Ketua AJK Blog dan Multimedia
Muhammad Asyraf Bin Mohd Rozi
(Sood/Yakin/Acap)

Naib AJK Blog dan Multimedia
Nor Shahida Binti Abu Hassan Shaari
(Shida)*

Ketua AJK Promosi
Ali Muzahab Bin Kaidir
(Ali)

Naib AJK Promosi
Hafizah Binti Zakaria
(Fiza)*

*Pelapis

Kepada semua barisan Majlis Eksekutif dan Majlis tertinggi diucapkan selamat menjalankan tugas

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Pengambilalihan Pengendalian Blog Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera yang tidak menjawabnya...

Pertama-tamanya saya menujukan panjat kurniaan-Nya kerana diveri kepercayaan bagi mengendalikan blog ini selama hampir setengah tahun ianya "hidup segan mati tak mahu", jadi ruang dan peluang ini saya gunakan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan2 Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif serta tidak lupa kepada Penasihat PSSGMPPJB kerana sedia memberikan sokongan bagi mengerakkan semula PSSGMPPJB seperti apa yang saya kata tadi...

Pada tahun ini juga, sejarah yang hampir sama berulang apabila nadi penggerak PSSGMPPJB sudah ketiadaan beliau di sini iaitu Encik Ainuddin Hata. Karana selama ini beliau menjadi tonggak kepada PSSGMPPJB telah hilang dari kami di sini membuatkan keadaan kucar-kacir. Namun saya percaya dengan tindakan Encik Ainuddin Hata, serba sedikit telah membuka mata kami supaya kembali kukuh dan mengumpulkan kekuatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain lagi.

Diharap cacatan saya pada kali ini terus menjadi renungan dan iktibar untuk kita semua...semoga dengan ini GAYONG akan menjadi kuat dan bersatu...

Wassalam dan selamat maju jaya...

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Jawatankuasa Sesi Julai 2011

Penasihat
En.Hamidon
bersama-sama penasihat adalah
Majlis Eksekutif

Pengerusi
Muhammad Firdaus Bin Murad
(Ulaq)

Naib Pengerusi
Ain Quraisha Binti Suzani
(Ain)

Setiausaha
Intan Nurul Atikah Binti Mohd Zaki
(Atikah)
Naib Setiausaha
Ahmad Taufiq Bin Mohd Fauzi
(Abe/Topek)

Bendahari
Muhammad Nor Azizi Bin Alamin
(Jiji)
Omar Dani Bin Md Ilias
(Oma)*

Naib Bendahari
Atikah
(Eka)
Anis Khusyamira Akmaar Bt Mohammed Azman
(Anis)*

Ketua AJK Gelanggang
Khairul Haizal Bin Khairruddin
(Airul)

Naib AJK Gelanggang
Saleha Binti Zainal Abidin
(Saleha)*

Ketua AJK Blog dan Multimedia
Muhammad Asyraf Bin Mohd Rozi
(Sood/Yakin/Acap)

Naib AJK Blog dan Multimedia
Nor Shahida Binti Abu Hassan Shaari
(Shida)*

Ketua AJK Promosi
Ali Muzahab Bin Kaidir
(Ali)

Naib AJK Promosi
Hafizah Binti Zakaria
(Fiza)*

*Pelapis

Kepada semua barisan Majlis Eksekutif dan Majlis tertinggi diucapkan selamat menjalankan tugas

Notakaki:
Jika ada sebarang penambahan atau penambahbaikkan maklumat
sila hubungi NewsBlogger PSSGMPIS
e-mel : al_asyraz@rocketmail.com
h/p : 013-7867927

Rabu, 26 Januari 2011

Pssgmpjb dalam Sinar Harian


Assalamualaikum..baru-baru nie Pssgmpjb telah didatangi oleh wartawan dari Sinar Harian untk membuat liputan.Pihak Pssgmpjb sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan mereka pada masa akan datang.Sila klik sini untuk melihat berita mengenai Pssgmpjb dalam akhbar Sinar Harian Edisi Johor.

Selasa, 25 Januari 2011

Pssgmpjb 2011

Assalamulaikum..lama sungguh tak update blog.Maaf,pihak admin mengalami kesibukan yang tiada penghujungnya,haha.Dengan JPP nya,assignment di tambah lagi dgn bisnes membuatkan masalah masa yang terhad semakin menjadi-jadi.

Ok straight to the point,^_^ pssgmpjb utk semester baru nie semakin mendapat perhatian dan pelbagai program dan perancangan telah di rancang.Antaranya baru-baru nie telah diadakan satu demo silat gayong yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Johor Bahru utk memperkenalkan Pssgmpjb kepada pelajar-pelajar baru dan juga sebagai salah satu langkah promosi.Seramai kira-kira 800 orang pelajar yang datang untuk menyaksikan demo tersebut.Penasihat Pssgmpjb iaitu En.Hamidon Saniman dan gurulatih pssgmpjb iaitu Cikgu Hanafi dan Cikgu Seth juga turut hadir pada malam itu.

Gambar-gambar demo pada malam itu akan di upload pada next entry berikutan terdapat sedikit masalah.Sekian dahulu,wassalam.