Khamis, 7 Oktober 2010
Gayong Perdana 2010
Satu pengalaman yang sangat seronok dan bermakna..maklumlah,bukan selalu program seperti ini dijalankan..2 tahun sekali kalau tidak salah saya..Jadi sebagai anak gayong,kami berasa sangat bangga dapat menyertai program seperti ini..
Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Ampang,seramai kira-kira 3000 lebih anak-anak gayong dari serata tempat termasuklah luar negara seperti Singapura,Turnisia,United Kingdom dan Perancis..
Team Johor dalam lebih kurang 5 buah bas..dan kami sampai di sana dalam jan 8.00 pagi..majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi iaitu raptai persembahan dari semua anak gayong yang hadir..
Majlis rasmi bermula jam 3.00 petang..yang menyaksikan penyampaian sandang imam khalifah agong kepada PM kita,Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak..seramai 80 orang anak gayong membuat persembahan,wakil dari setiap negeri..
Majlis berakhir jam 6.30 petang dan selepas itu,semua menikmati jamuan raya yang telah disediakan..
Rabu, 28 Julai 2010
Majlis Istiadat Perlimau Tapak & Perlimau Tapak Seni
Assalamualaikum..
Lama tidak bersua dengan anda semua. Ini adalah berikutan kesibukan diri dengan hal-hal pengurusan serta pelajaran di Politeknik Premier Johor Bahru. Dan Alhamdulillah pada malam ini berlangsung dan berjaya sudah Majlis Istiadat Perlimau Tapak dan Perlimau Tapak Seni yang di jalankan oleh Cikgu Jazwan B. Kahar Redza. Dan ini merupakan upacara istiadat yang julung kalinya diadakan di Politeknik Johor Bahru dan diharapkan agar jiwa anak-anak murid Gayong yang baru ini tersemat dengan semangat dan keazaman serta kecintaan terhadap PSSGM ini…
Sabtu, 3 April 2010
dalam masalah politik
assalamualaikum...
Sudah lama tidak update blog ni, kenapa ye? Sebab ada masalah politik berhubung peneraju gelanggang PSSGMPJB ni....Masih dalam usaha penerajuan.. Seandainya semester ni tidak berjaya, saya akan berjung untuk semester depan dengan meninggalkan segala jawatan di Politeknik Premier Johor Bahru. InsyaALLAH untuk meneraju kepimpinan GAYONG PJB agar gah di seluruh Malaysia..InsyaALLAH...
Permasalahan bermula apabila penasihat PSSGMPJB telah berpindah ke Sabak Bernam.. dan tika itu, saya pula melanjutkan pelajaran di sem ke 4 dimana ketika di sem 4 ni sy tidak berada di Politeknik Premier Johor Bahru kerana menjalani Latihan Industri di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, saya wariskan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang ada di Politeknik Johor Bahru untuk meneruskan perjuangan saya. Namun, berlaku pergolakan dalaman yang mana membawa kepada penangguhan gelanggang seterusnya menyukarkan kita untuk terus memulakan latihan pada semester ini. Namun usaha masih dipergiatkan.
Mudah2an kita dapat hidupkan semula PSSGM di PJB ni... jumpa di sem hadapan.. insyaALLAH...
Ahad, 17 Januari 2010
Salam Tahun Baru
Assalamualaikum...
Saya Muhammad Ainuddin B. Mohd Hata selaku Majlis eksekutif PSSGMPJB 2009-2011 mengucapkan selamat datang kepada adik2 junior Politeknik Johor Bahru sesi Januari 2010.. Syukur alhamdulillah.. kerana anda semua telah berjaya mendaftarkan diri di Politeknik Johor Bahru..
Posting saya pada kali ni hanyalah sebagai permulaan kepada anda yang baru berada di PJB 2010...
Kepada yang melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian anda kerana sudi melawat blog ini, tambahan pula kepada yang sudi menyertai PSSGM PJB ini..
Ada beberapa amanat yang saya ingin anda semua pegang dgn baik...
Yang pertama - Jagalah Ukhwah yang baik sesama ahli PSSGM juga sesama ummat Islam seluruhnya
Yang Kedua - Jauhi perkara maksiat
Yang ketiga - Jaga akhlak dan perilaku anda selaku khalifah di muka bumi ini
Yang keempat - Jangan khianat segala amanat saya
Yang kelima - Berdakwahlah sebanyaknya di jalan ALLAH kerana dakwah itu adalah sunnah paling agung Rasulullah S.A.W.
Yang keenam - jangan meninggi diri
Yang ketujuh - Hormat pada yang lebih tua dari kita walau setinggi mana ilmu yang kita ada.
Yang kelapan - Jangan menghina sesama manusia
Yang Kesembilan - Sebarkanlah kebaikan silat ini kepada semua orang..
Marilah bersama kita memartabatkan seni warisan bangsa dan agama kita.
Wahai sahabatku, silat ini adalah pakaian para ulama' tanah Melayu dahulu... Dengan silatlah pahlawan Melayu kita dapat mempertahankan tanah air ini dari terus dijajah dan ditindas sesuka hati, dengan silat jugalah Islam tersebar luas di Tanah air tercinta ini.. Ingatlah tatkala keris tersisip dipinggang, ada 1001 rahsia disimpan di dalam diam.. tatkala renungan mata memandang, 1001 makna tersirat dapat dibaca.. Hang Tuah pernah berkata " Takkan Melayu Hilang Di Dunia" tetapi, Melayu sekarang la yang lupa akan asal usul, yang membuang segala ilmu Melayu itu sendiri, Yang malu untuk menggunakan bahasa Melayu itu sendiri, yang membuang adab Melayu dan sopan santun Melayu itu sendiri..
Kita selaku manusia yang ALLAH pilih untuk memartabatkan kembali Melayu, jagalah dengan baik, jangan mudah menyerah kalah.. Berpantang Ajal Sebelum Maut... titipkan di dalam hati anda.. Sekali melangkah sukar berundur.. makin lama anda bersilat, makin anda mengenal siapa Tuhanmu...
Teruskan perjuangan, jang mudah mengalah.. berilah komitmen yang terbaik.. kepada yang da 6 bulan bersama saya, tolong jaga sebaiknya silat ini.. bersusah payah saya naik turun menebalkan muka menghadap pihak pentadbiran Poli untuk meluluskan penubuhan silat ini, jangan hancurkannya.. saya tak mahu pabila saya kembali ke politeknik, sy xjumpe lagi PSSGM.. ini amanah saya yang paling besar. andaikata pabila saya kembali ke poli nanti, dan saya dapati PSSGM x wujud lagi, sy tuntut dari anda semua.....Bukan saya pendendam atau apa.. tp, sy xmahu biarkan senibeladiri asing menguasai negara kita.. sedangkan kita kaya dengan seni warisan tersendiri yang penuh dengan rahsia...
gegarkan politeknik dengan laungan ZATTT!!!
Salam pendekar....
P/s : Kalau berpeluang, sy datang poli untuk melihat perkembangan di sana...