Rabu, 29 Julai 2009

DEBARAN MESYUARAT AGONG KIAN MENJELMA




Assalamualaikum...
Telah hampir kita dengan mesyuarat agong PSSGMPJB kali pertama.. diharapkan kepada semua yang telah berdaftar dengan PSSGMPJB dapat memberikan kerjasama untuk menghadiri mesyuarat agong tersebut nanti.. Segala maklumat berkenaan tarikh akan di SMS kan terus ke nombor anda. sekiranya anda menukar nombor telefon bimbit, sila maklumkan kepada admin blog PSSGMPJB. atau boleh merujuk di http://www.ainuddinpk.blogspot.com

Perkara yang perlu anda bawa semasa mesyuarat agong dilangsungkan nanti:

1- Pen dan buku catatan,
2- Wang pendaftaran sebanyak RM25
3- Gambar berukuran pasport


Bagi yang mempunyai pakaian silat, anda dikehendaki memakainya semasa mesyuarat agong nanti.. harap maklum

"Bersama kita memartabatkan seni warisan bangsa dan agama kita"

Jumaat, 24 Julai 2009


Ha... assalamualaikum... anda nampak gmbr di atas ni??? ^_^ saya dalam usaha melakukan survey ke atas pembaca blog ini... saya harapkan jawapan dari anda


BAGAIMANA CARANYA???
baiklah... ruangan survey ini ada terletak di bahagian bawah ruangan komen di blog ni...
mudah sahaja caranya.. anda cuma perlu klik pada jawapan yang saya sediakan


KENAPA???
kan dah saya katakan... untuk melakukan survey kepada pembaca blog ini..
berkenaan keprihatinan anda berkenaan negara kita juga pada blog ini.. terima kasih...


SUDI-SUDIKANLAH.....
xrugi pun...anda bagi komitmen..hasilnya untuk anda juga......

Sabtu, 18 Julai 2009

Menyusun Jari Sepuluh

KEPADA AHLI BARU YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI.. SAYA MOHON MAAF SEKIRANYA NAMA ANDA TIDAK TERSENARAI DI DALAM BLOG INI. INI ADALAH KERANA TERLALU RAMAI YANG MENDAFTAR SEHINGGA ADA YANG TERLEPAS PANDANG. SAYA MOHON MAAF ATAS KETELANJURAN KESILAPAN INI DAN AKAN MEMBAIKINYA SEMULA.. NAMA ANDA TETAP BERADA DALAM PENDAFTARAN PSSGMPJB DAN SECARA SAH TELAH DITERIMA SEBAGAI AHLI PSSGMPJB. SAYA MENYUSUN JARI SEPULUH ATAS KESILAPAN INI.
BERSAMALAH KITA MENGANGKAT MARTABAT SENI WARISAN BANGSA DAN AGAMA KITA...

Makluman


Peranan atau fungsi bagi jawatankuasa yg direncanakan


Majlis EKsekutif
-Akan berurusan dengan gurulatih luar tentang segala aspek PSSGM
-Bertindak sebagai penasihat PSSGMPJB
-Menentukan barisan majlis eksekutif berikutnya.
-Hanya 5 orang yang di lantik sahaja akan berada dalam barisan eksekutif


Presiden
-Mengetuai dan mengepalai PSSGMPJB ( setiap 1 sem )
-Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
-Membawa hasil permesyuaratan kepada Majlis eksekutif
-Membincangkan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada Majlis eksekutif
-Membawa Misi dan Visi yang direncanakan oleh Majlis Eksekutif


Naib Presiden
-Membantu Presiden dalam pentadbiran PSSGMPJB
-Menjadi pemangku presiden ketika ketiadaan presiden (mempengerusikan mesyuarat)


Setiausaha
-Menjalankan kerja2 perminitan mesyuarat
-menguruskan pemfailan dan Data keahlian dsbgnya
-Membuat kertas kerja program dan sebagainya
-membuat laporan mingguan latihan


Naib Setiausaha
-Membantu Setiausaha


Bendahari
-membuka akaun PSSGMPJB
-menjaga buku akaun PSSGMPJB
-melakukan segala urusan berkenaan keluar masuk duit
-mengumpulkan semua hasil kutipan kewangan dari Bendahari Gelanggang dan Bendahari adat-istiadat
-Membuat catatan kewangan


Bendahari Gelanggang
-Menguruskan kewangan yang berkaitan dengan gelanggang
seperti- kutipan yuran pendaftaran,yuran bulanan dsbgnya
-membuat catatan kewangan dan segalanya diserah pada Bendahari


Bendahari adat-istiadat
-Menguruskan kewangan yang berkaitan dengan adat-istiadat
seperti-kutipan duit istiadat perlimau tapak,mandi minyak dsbgnya
-mebuat catatan kewangan dan segalanya diserah pada Bendahari
Naib Bendahari
-menjalankan tugas bendahari ketika ketiadaannya
-membantu pengurusan kewangan bersama bendahari PSSGMPJB


AJK


AJK Jabatan
-mengumpulkan maklumat berkenaan ahli di setiap jabatan
-Melakukan tugas-tugas mengumpul duit dan diserahkan samada kepada bendahari gelanggang atau bendahari adat-istiadat


AJK gelanggang
-membuat catatan kehadiran semasa latihan dan diserah kepada setiausaha untuk laporan mingguan latihan
-Menguruskan permohonan tempat latihan (seandainya tempat latihan berubah)


AJK tugas-tugas khas dan perhubungan luar
-sentiasa berurusan dgn Presiden dan Naib Presiden berkaitan segala pergerakan dan informasi terkini mengenai
setiap aktiviti PSSGM PJB dsbgnya.
-Menyerahkan maklumat kepada AJK multimedia untuk tugasan penerbitan dsbgnya
-berhubung dengan pihak luar (sekiranya perlu-rujuk majlis eksekutif dan presiden)


AJK Multimedia
-mengumpul data dan maklumat
-mengagihkan tugasan kepada AJK bawahannya


AJK Fotografi & Videografi
-melakukan tugas memfoto dan mengambil video aktiviti-aktiviti yang dijalankan PSSGMPJB
-Menerima arahan dari AJK Mulimedia


AJK penyediaan blog dan media
-Melakukan tugas-tugas meng'update' blog sekali setiap minggu berkenaan apa yang dijalankan PSSGMPJB
-Mengambil maklumat dan data dari AJK Multimedia untuk pembangunan blog
-Membuat artikel dan edaran PSSGMPJB


AJK promosi
-bekerjasama dibawah AJK multimedia untuk mempromosikan PSSGMPJB kepada seluruh warga politeknik Johor Bahru


BARISAN MAJLIS EKSEKUTIF PSSGMPJB AKAN DIUMUMKAN PADA MESYUARAT AGONG AKAN DATANG... KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.

Rabu, 15 Julai 2009

Jawatankuasa yang akan ditubuhkan

Ini adalah cadangan bagi Organisasi PSSGM PJB yang hendak dirangka dan dibincangkan dalam mesyuarat agong yang akan datang...

Organisasi yang sy cadangkan adalah seperti berikut:-

Presiden
Naib Presiden
Naib Presiden 1
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
Naib Bendahari


Bendahari dipecahkan kepada beberapa bahagian :-
1. Bendahari Gelanggang
2. Bendahari adat-istiadat

AJK di pecahkan kepada beberapa bahagian :-

AJK jabatan - JRKV,JH,JKE,dan JKM
AJK gelanggang
AJK tugas2 khas & perhubungan luar

AJK Multimedia dipecahkan kepada beberapa bahagian :-
1. AJK fotografi & videografi
2. AJK penyediaan blog dan media
3. AJK Promosi

Sebarang cadangan penambahan bolehlah dihantar ke pssgmpjb@yahoo.com. Saya selaku moderator akan mengkaji demi masa depan PSSGMPJB yang gemilang.

*beberapa jawatan telah ada calonnya dan akan di kemukakan pada mesyuarat yang akan datang...

Ahad, 12 Julai 2009

AGENDA MESYUARAT AGONG AKAN DATANG

Antara perkara yang akan dibincangkan :-

Pembentukan jawatankuasa baru
Penetapan hari latihan dan tempat latihan
Pembentukan taqwim Kelab PSSGMPJB
Perjumpaan dengan Gurulatih dan Jurulatih PSSGMPJB
Perbincangan nilai yuran bulanan kelab

* ahli di minta membawa sekeping gmbr berukuran pasport (untuk dilekatkan pada borang pendaftaran)
* bagi yang baru dan mahu berdaftar, di alu-alukan kedatangan anda (bawa sekeping gmbr berukuran pasport juga)
* Buku nota dan pen. juga wang bernilai RM 25 untuk pendaftaran daerah dan kebangsaan

Sabtu, 11 Julai 2009

Pendaftaran Pelajar Baru


Syukur alhamdulillah.. saya baru balik dari poli jb setelah selesai melunaskan tugas sebagai sukarelawan MSK pelajar sesi julai 2009. sambil menyelam minum air, saya mempromosikan PSSGM kepada pelajar baru dan hasilnya hampir 80 orang yang berminat dan mendaftar sebagai ahli kelab PSSGM PJB. di bawah ini adalah senarai nama mereka.

Lelaki :

1. Mohd Safiq Amiruddin B. Mohd Fandi
2. Mohamad Syafiq B. Suandi
3. Muhammad Aries Marzuki
4. Mohamad Sakirin B. Omri
5. Muhammad Syakir B. Sharipuddin
6. Mohamad Fadillah B. Salim
7. Muhammad Nabil B. Aris
8. Wan Muhammad Najmi Hafizi B. Wan Mohd Zain
9. Muhd Khairulizwan B. Nordin
10. Muhammad Rasydan B. Jasmani
11. Mohd Fauzi B. Abul Wara
12. Mohamad Hanif B. Amir
13. Sher Muhammad Mubaraq B. Abd Samat
14. Muhammad Shafeq B. Shaari
15. Mohd Zulhakim B. Azman
16. Muhammad Khairudin B. Mohd Jamian
17. Muhammad Syafiq B. Ab Wahid
18. Mohammad Amirul B. Mohammed Ali
19. Syafiq Naim B. Shahrudin
20. Rosli B. Ahmad
21. Azmeirul Azrie B. Mohd Shali
22. Fahruradzi B. Ahmad
23. Muhamad Amiru B. Zakir
24. Mohd Anas B. Mustafar
25. Muhammad Zikri B. Ajaj Ahmad
26. Mohamad Anas B. Mustafar
27. Mohd Haziq B. Mohd Nor
28. Mohd Fakhri Nizam B. Md Sulaiman
29. Mohd Azri B. Mohd Ali
30. Azwan B. Mat Hussin
31. Muhamad Farhan B. Kamaruddin
32. Muhamad Saiful Nizam B. Abdullah
33. Muhammad Afiq B. Mohd Hanim
34. Mohd Aizat Shafiq B. Azaikiak
35. Mohd Nor Amin B. Mohd Fozi
36. Mohd Akiff Khuzairi B. Kamarudin
37. Mohamad Hisyamuddin B. Jefri Din
38. Muhammad Azemy B. Mohd Salim
39. Muhammad Hafiz B. Mohd Jamil Tiew
40. Mohd Hanif B. Mohd Ramlee
41. Mohamad Hilmi B. Mohd Kasri
42. Mohd Shahril B. Affandi
43. Muhammad Hafizulhadi B.Yacob
44. Mohamad Sufkri B. Mohd Nasir
45. Mohamad Safwan B. Rusli
46. Mohd Helmi B. Rafie
47. Muhammad Abdul Fattah B. Muhammad Firuz
48. Mohd Edham B. Abd Mutalib
49. Mohamed Yusri B. Jasni
50. Ibrahim B. Yusof
51. Mohd Nazreen B. Kadir
52. Adzrul Nudzwan B. Kamaruddin
53. Mohamad Nashah B. Abu
54. Syaiful Syahwan B. Nasri
55. Mohd Afiq B. Mohd Afandi
56. Muhammad Syahir B. Mohd Sarif
57. Shahrul Nizal B. Zainodin
58. Muhammad B. Ja'afar
59. Mohd Safwan B. Mohd Lasim
60. Muhamad Hasif B. Musa


Perempuan :

1. Shaidatul Najwa Bt. Ibrahim
2. Nor Safiah Bt. Shamsuri
3. Nur Hasni Bt. Hasan
4. Ummi Kalsom Bt. Kaseharom
5. Siti Amira Bt. Nasir
6. Farah Ayuni Bt. Mohd Saleh
7. Majidah Ain Bt. Mukhtar
8. Ramlah Bt. Mazlan
9. Noorsyahdah Bt. Sulaiman
10. Rohaiza Bt. Senan
11. Nor Atika Bt. Abd Aziz
12. Siti Khadijah Bt Ishak
13. Nurul Asikin Bt. Nordin
14. Syadatul Amila Bt. Mohamad Ayub
15. Nur Asyikin Bt. Bahari
16. Nur Natasha Zarin Bt. Zulkiflee
17. Nur Azizah Bt. Dasri
18. Nur Azizah Bt. Mohd Ali
19. Fatin Farina Bt. Mohd Saleh
20. Aimi Syahirah Bt. Suhaimi
21. Nurulaini Bt. Saruan
22. Haslindaedora Bt. Djapri


PERINGATAN!!!
MESYUARAT AGONG PSSGM PJB AKAN DILANGSUNGKAN SEBULAN DARI SEKARANG.. SILA PASTIKAN ANDA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI DAN ANDA AKAN DIHUBUNGI MELALUI SMS...

kepada ahli lama, borang keahlian boleh diperolehi daripada saya, hanya sms saya untuk mendapatkan borang tersebut, secara e-mel ataupun by hand terima kasih.. (ainuddin_uddin@yahoo.com / surf www.ainuddinpk.blogspot.com utk num telefon)

Keahlian terbuka sehingga bila-bila..hubungi kami untuk maklumat lanjut...

Perancangan 2009

Julai - Promosi PSSGM PJB kepada pelajar baru PJB
- pendaftaran ahli bg pelajar baru sesi Julai 2009

Ogos - Pendaftaran ahli bg pelajar lama PJB
- Istiadat Perlimau Tapak dan Perlimau Tapak Seni
- Latihan setiap hari Jumaat Malam
- memperkasakan PSSGM PJB

September - Demo PSSGM di PJB
- Istiadat mandi minyak di PJB

Oktober - Makan malam Perdana PSSGM PJB dan beberapa IPTA lain di Johor

LAMBANG PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA



Bulan bintang di puncak dunia - melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini
Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak
Naga - kekuatan di air
Harimau - kekuatan di darat
2 keris bersilang - Semangat laksamana Melayu terbilang, Hang Tuah dan Hang Jebat
Pedang Zulfaqar - Pedang Saidina Ali
Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Ganga Negara - Bengkung tertinggi pertubuhan (milik Mahaguru sahaja)

Salasilah Mahaguru

Salasilah


Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing. Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daing Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daing Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daing Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’ Ngah Tambah(Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak). Penghulu Che Ngah Tambah ialah orang yang membuka daerah Matang dan telah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan.Daing Uda Mohd.Hashim dan Sharifah Aluyah

Penghulu Che’ Ngah Tambah pula telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Uda Mohd. Hashim. Uda Mohd.Hashim(seorang arkitek) kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas dan dikurniakan dua orang putera. Salah seorang puteranya, Meor Abdul Rahman dilahirkan pada 17 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden,Taiping.

Syed Zainal Al-Attas ialah seorang hulubalang di Pahang yang terkenal dengan semangat penentangan penjajah serta ilmu persilatan yang tinggi. Beliau adalah sahabat karib pahlawan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman, dan pernah menjadi penghulu di Pekan, Pahang(di bawah pentadbiran Tok Gajah).




Zaman Kanak-kanak







Sewaktu bonda beliau melahirkannya, ada benda yang seakan-akan cacing tetapi panjang(ular?)keluar mengiringi kelahirannya. Ayahanda beliau mengambil cacing tadi lalu menyimpannya di dalam tempurung kelapa. Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing(ular?) tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati beliau agar janganlah risau tentang cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga "di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)". Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.

Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak. Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya. Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika, Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya Daing Uda Mohd.Hashim. Meor Abdul Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup. Dari dalam tong dram tersebut beliau telah memasang telinga mencuri-curi dengar perbualan di antara ayahanda dan bondanya. Setelah puas mencari Meor Abdul Rahman di serata kawasan rumahnya, Uda Mohd.Hashim lalu dimarahi oleh Sharifah Aluyah kerana bertindak terlalu garang terhadap Meor Abdul Rahman sehingga menyebabkan Meor Abdul Rahman "hilang" dari rumah. Uda Mohd.Hashim lalu berkata,"Saya bukannya tidak sayangkan Man tu. Siapa yang tidak sayangkan anak? Cuma Man tu degil sedikit berbanding anak-anak yang lain. Sebab itulah saya terpaksa merotannya untuk mengajar(mendisiplinkan) dia..." Sebaik sahaja mendengar penjelasan ayahandanya tersebut, Meor Abdul Rahman pun bingkas keluar dari tempat persembunyiannya di dalam tong air dan berlari mendapatkan ayahandanya. "Man di sini ayah! Man di sini ayah!..." jerit Meor Abdul Rahman. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sebaik sahaja kelibat Meor Abdul Rahman dilihat oleh Uda Mohd.Hashim, Uda Mohd.Hashim lalu merotan Meor Abdul Rahman, sebagai usaha untuk mendisiplinkan anakandanya tersebut.

Kenakalan Meor Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas. (Meor Abdul Rahman bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap. Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di Government Trade School di Ipoh). Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.

Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu persilatan yang tinggi. Disebabkan "darah pendekar" yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia persilatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar terbilang.

Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum mempelajari silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk mempelajari silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah rumah mengintai datuknya bercerita tentang silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.





Berguru dengan Syed Zainal Al-Attas






Ketika umur Meor Abdul Rahman dua belas tahun barulah beliau berpeluang berguru dengan datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih.

Segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas. Hari berganti minggu, bulan berganti tahun. Silat Seni Gayong semakin sebati dalam diri Meor Abdul Rahman. Segala sepak terajang orang bersilat ditempuhi dengan hati yang tabah.

Meor Abdul Rahman belajar Silat Seni Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam, Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira sepuluh tahun.(Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, kekandanya Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari silat kerana beliau lebih gemarkan aktiviti bermotosikal - memiliki tiga buah motosikal).

Setelah tiga tahun berguru dengan Syed Zainal,kesemua rakan-rakannya kecuali beliau seorang telah dikhatamkan oleh Syed Zainal. Meor Abdul Rahman begitu kecewa dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, sehingga digelar "buah yang tidak masak". Beliau tidak tahu sampai bilakah datuknya akan "menggantungnya secara tidak bertali". Beliau lantas mengadu kepada bondanya. Kerana rasa kasih terhadap anakandanya tersebut, Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan ayahandanya itu mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba lagi. Apabila masanya tiba kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan oleh beliau,datuknya. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam - Tanah Melayu. Syed Zainal menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja ketibaan masa pengkhataman tersebut.

Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu persilatan dan adat istiadat Silat Seni Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang naik, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.





Saat-saat Pengkhataman







Dalam tahun 1936, Meor Abdul Rahman pergi ke Kuala Nerang menziarahi kekandanya Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin. Pada awalnya, Meor Abdul Rahman merasakan dirinya seperti orang asing setibanya di pekan Kuala Nerang, Kedah. Pemergiannya ke pekan itu tidak mempunyai maksud lain kecuali menemui kekandanya Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin(ketika itu menjadi Ketua Polis Daerah Kuala Nerang). Meor Abdul Rahman tidak ada teman untuk berbicara atau bergurau senda kecuali kebosanan yang kian menghimpit jiwanya. Pelbagai cara untuk lari dari kebosanan itu sering bermain-main di kotak fikirannya. Namun segalanya gagal untuk menutup kebosanan yang semakin memuncak itu.

Banyak masa yang terbuang. Jadilah Meor Abdul Rahman sebagai penunggu setia memerhati gelagat manusia yang keluar masuk untuk berurusan di pekan Kuala Nerang.

Walaupun demikian, sikap Meor Abdul Rahman yang peramah dan petah berbicara menyebabkan beliau mudah mendapat kenalan. Beliau merasakan pekan Rabu yang diadakan sekali seminggu di pekan Kuala Nerang merupakan detik paling menyeronokkan.

Di situ beliau dapat berkenalan bukan sahaja dengan orang-orang tempatan malah orang-orang Siam yang turut berurus niaga di pekan Rabu itu.

Pada suatu malam, ketika beliau berada di rumah abang iparnya, beliau telah terdengar bunyi paluan gendang silat. Kekanda iparnya yang menyedari tentang minat Meor Abdul Rahman telah mengizinkan Meor Abdul Rahman pergi melihat-lihat dari mana datangnya bunyi paluan gendang silat tersebut. Rupa-rupanya bunyi paluan gendang silat tersebut datangnya dari sebuah gelanggang silat, tidak jauh dari rumah Zainal Abidin.

Setelah merisik-risik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah seorang berketurunan Minangkabau dan bekerja sebagai penjahit topi. Nama guru tersebut ialah Sudin. Setelah mengetahui tentang Sudin, beliau menjadi semakin berminat untuk mengetahui siapakah sebenarnya Sudin itu. Setinggi manakah ilmu kependekaran yang dimilikinya? Bagaimanakah cara untuk mencungkil rahsianya?

Meor Abdul Rahman mengambil keputusan berjumpa dengan Sudin. Bersama-sama dengan rakannya Osman, beliau telah bertemu dengan Sudin. Sudin yang terlihat kedatangan Meor Abdul Rahman ke gelanggang silatnya telah datang bertemu dengan Meor Abdul Rahman sambil bertanya sama ada Meor Abdul Rahman berminat untuk belajar silat dengannya. Meor Abdul Rahman pun menyampaikan hasratnya ingin belajar silat dengan Sudin. Permintaan itu ditunaikan dan Sudin meminta pengeras sebanyak RM3.25 serta seekor ayam apabila khatam.

Walau bagaimanapun, Sudin tidak turun ke gelanggang sepertimana yang disangka oleh Meor Abdul Rahman. Orang kanannya iaitu Ali sahaja yang turun dengan maksud mengajar Meor Abdul Rahman.Mereka berlatih seperti orang berkelahi. Meor Abdul Rahman telah menggunakan pengetahuannya dalam Silat Seni Gayong, hingga menyebabkan Ali tewas. Ali telah mengadu hal tersebut kepada Sudin. "Dia ni pendekar...kami sepak 3-4 orang tak boleh jatuh..." adu Ali kepada Sudin. "Betul ke? Biar aku cuba pula..." tanya Sudin.

Mengetahui rahsia Meor Abdul Rahman, Sudin berhajat untuk bersemuka dengan Meor Abdul Rahman dan ingin menguji setinggi mana ilmu silat yang ada pada Meor Abdul Rahman. Dalam pertarungan tersebut, Meor Abdul Rahman telah menggunakan kepakarannya dalam Silat Seni Gayong sehingga menyebabkan Sudin tewas dan anak-anak muridnya habis bertempiaran lari. Ketika Meor Abdul Rahman ingin menghentak Sudin yang tertiarap dengan tumit, anak-anak muridnya telah menjerit untuk meleraikan pergaduhan tersebut. "Sudah! Sudah! Jangan pukul lagi. Kamu ni pendekar. Ini bukan tempat kamu untuk belajar. Kami punya pelajaran tak sampai macam kamu..." Sudin lalu memulangkan semula wang pengeras Meor Abdul Rahman tetapi ditolak dengan baik oleh Meor Abdul Rahman. Sudin lalu bertanya kepada Meor Abdul Rahman mengapa beliau masih ingin berguru dengannya sedangkan beliau memiliki ilmu persilatan yang cukup tinggi. Meor Abdul Rahman mengatakan bahawa menurut pesanan Syed Zainal, datuknya, kalau beliau kalah dalam pertarungan, beliau bolehlah terus belajar silat daripada guru yang mengalahkannya. Tetapi jika beliau menang, beliau tidak perlu belajar lagi kerana beliau akan dikhatamkan oleh orang ghaib. Meor Abdul Rahman sebenarnya mencari mana-mana guru yang dapat mengkhatamkannya.

Meor Abdul Rahman semakin serasi dengan corak kehidupan di pekan Kuala Nerang. Walaupun tidak seperti di Taiping, beliau merasakan pemergiannya ke pekan itu memiliki satu hikmah besar dalam meneruskan cita-citanya memburu "orang ghaib" seperti yang diceritakan oleh datuknya.

Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam. Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya Hendon dan abang iparnya, Zainal Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik abang iparnya, dan ditemani oleh Bakar(anak kepada Osman) telah mengikuti perempuan tua yang dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam.

Jarak perjalanan antara Menam dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya iaitu Lenchon.

Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak tahan untuk membuang air besar(setelah ditahan selama dua hari), Meor Abdul Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan.

Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.

Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke Menam. Untuk selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang. Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan masa mereka dengan keluar mencari burung serindit kerana harganya ketika itu sangat mahal(seekor burung serindit berharga di antara $3-$5 seekor).

Setelah empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk menemui abang iparnya Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga tertarik untuk ke sana.

Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk abang iparnya Zainal Abidin di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan abangnya Meor Abdul Aziz telah pergi ke Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang. Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh. Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak "keras" dan Tok Mek Jah keberatan untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana. "Kamu tak boleh pergi ke sana. Di situ tempat kawalan pendekar. Kalau nak pergi juga, aku tak boleh hantar..."jelas Tok Mek Jah.




Bersua Hang Tuah di Batu Hitam







Ketika keluar berburu bersama-sama dengan tujuh orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam(di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai tujuh orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu tertidur di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.

Di dalam tidurnya, beliau telah bermimpi bertemu dengan seorang tua yang berpakaian sebagai seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan siap berkeris. Lembaga tersebut memperkenalkan dirinya sebagai "Hang Tuah" pahlawan yang teragung di dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. "Sekarang tibalah masanya untuk kamu dikhatamkan..." kata lembaga tersebut. Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut. Hang Tuah lalu meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman, sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau. Meor Abdul Rahman telah diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong)diperkembangkan dengan seluas-luasnya kepada keseluruhan insan menurut syarat-syarat dan adat-istiadat yang sejati mengikut masa-masa yang tertentu. Selain itu beliau juga disuruh menghadap sultan yang memerintah negerinya(Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu. Kemudian Meor Abdul Rahman diperintahkan meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik. Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan pada dirinya; beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

VERSI KEDUA

Ketika Meor Abdul Rahman sedang duduk berzikir di atas sebuah batu hitam, tiba-tiba sekonyong-konyong muncul lima lembaga manusia yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu sambil masing-masing bersenjatakan sebilah keris. Salah satu daripada lembaga tersebut memperkenalkan dirinya sebagai "Datuk Laksamana Hang Tuah", hulubalang Raja Melaka yang termasyhur pada zaman dahulu. Hang Tuah telah berkata,"Sekarang tibalah masanya untuk kamu dikhatamkan..." Hang Tuah kemudian telah mengarahkan keempat-empat lembaga yang mengiringinya supaya menyerang Meor Abdul Rahman secara serentak. Meor Abdul Rahman telah berjuang bersungguh-sungguh menentang serangan ramai tersebut, biar pun ketika itu diri beliau tidak bersenjata langsung. Serangan yang datang dari pelbagai arah tersebut dihadapinya dengan gagah, dan berjaya dipatahkan satu demi satu. Akhirnya, keempat-empat lembaga tersebut berjaya ditewaskan oleh Meor Abdul Rahman, dan Meor Abdul Rahman berjaya menendang dan merampas satu daripada keris yang digunakan oleh lembaga-lembaga yang menyerangnya. Keris yang berada di dalam genggaman Meor Abdul Rahman khabarnya adalah keris Pendawa Lima yang menjadi miliknya sekarang dan keempat-empat lembaga tersebut dipercayai sebagai "Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu". Hang Tuah kemudian meminta agar perlawanan diberhentikan, lalu menyuruh Meor Abdul Rahman mengangakan mulut. Hang Tuah kemudian meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sambil mengamanahkan ilmu silat yang telah dipelajarinya(Seni Gayong) diajar kepada keseluruhan insan dengan mengikut adat istiadat yang sejati, pada masa-masa yang tertentu. Hang Tuah juga meminta Meor Abdul Rahman menghadap raja yang memerintah negerinya untuk menyembahkan taat setia dan berbakti kepada sultan sebagaimana Hang Tuah berbakti kepada Raja Melaka. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada seorang pun yang dapat menewaskannya selagi beliau patuh kepada syarat-syarat yang tertentu. Hang Tuah kemudian menyuruh Meor Abdul Rahman meninggalkan tempat tersebut menuju ke arah matahari naik.

Selepas peristiwa pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam, bertempat di suatu kawasan terpencil di sempadan Malaysia-Thai, Meor Abdul Rahman mendapati dirinya beroleh suatu kekuatan yang amat luar biasa. Misi pengembaraannya untuk mencari "orang ghaib" sepertimana yang pernah disebut oleh nendanya Syed Zainal sudah pun berakhir. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berjumpa dengan gelanggang tomoi. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada orang-orang Siam di situ,"Apa nama permainan ni?" "Kamu boleh main tomoi?" tanya orang-orang Siam di situ. "Silat saya boleh. Tomoi saya tak tahu..." jawab Meor Abdul Rahman. "Sama juga. Orang Siam panggil Tomoi, orang Melayu panggil silat. Hang kalau nak cuba, hang cubalah. Tapi kalau kena tendang patah gigi, patah tangan, hang jangan minta apa-apa!" kata orang Siam di situ. Meor Abdul Rahman pun masuk ke gelanggang Tomoi dan bertarung dengan salah seorang jaguh tomoi tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Meor Abdul Rahman telah menggunakan kepandaiannya dalam Silat Seni Gayong, sehingga menyebabkan juara tomoi tersebut tonggang-langgang dikerjakan oleh Meor Abdul Rahman. "Hang ni pendekar besar. Aku tak boleh lawan hang. Hang gagah betul. Hang ni orang pendekar." kata juara tomoi tersebut sambil meminta perlawanan tersebut dihentikan.

Kini Meor Abdul Rahman berdepan pula dengan tugas lebih mencabar iaitu menghadap raja yang memerintah di negerinya (Perak) sebagai memenuhi amanat Tuah.

Tanpa membocorkan rahsia pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam itu, akhirnya Meor Abdul Rahman bergegas pulang ke Taiping. Beliau tetap merahsiakan apa yang telah dialaminya daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sebagai mematuhi amanat di dalam mimpinya, beliau telah meminta izin daripada bondanya Sharifah Aluyah untuk menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar. Sharifah Aluyah menurut ceritanya pernah dipinang oleh Sultan Alang Iskandar suatu ketika dahulu. Ketika tiba di istana, Meor Abdul Rahman telah diberitahu bahawa Sultan Alang Iskandar telah berangkat ke Manong menghadiri suatu majlis keramaian. Meor Abdul Rahman pun bergegas ke Manong dengan menunggang basikal.




Panglima Sendo Perak







Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,"Kamu nak jumpa, kamu pergilah jumpa. Tapi kalau kamu kena sebat, itu kamu punya pasal..."kata Datuk Seri Nara Diraja mengingatkan Meor Abdul Rahman tentang baginda Sultan yang terkenal bengis dan garang. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman, "Kena sebat pun tak apa..." "Kamu nak apa?" titah Sultan Alang Iskandar sebaik sahaja Meor Abdul Rahman menghadap. "Tuanku, patiklah orang yang paling gagah sekali di negeri tuanku."sembah Meor Abdul Rahman kepada baginda Sultan. "Hah! Hah! Apa kamu kata? Kamu nak melawak dengan aku ya? Kamu tahu aku siapa? Kamu nak kena sebat?" Baginda Sultan kembali bertitah sebaik sahaja mendengar kata-kata Meor Abdul Rahman, yang dirasakan seperti hendak mempersendakan baginda. "Tahu tuanku. Tuanku raja patik. Tapi kalau tuanku tak percaya, patik boleh buktikan." ujar Meor Abdul Rahman pula. "Pergi angkat Puteh Lawak!" titah Sultan. Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat seorang yang berbadan besar(Puteh Lawak) dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak.

"Megah sungguh kamu ni." titah baginda Sultan selepas menyaksikan peristiwa tersebut. Selepas peristiwa itu, baginda Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 30 orang lelaki, mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari, badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya "Panglima Sendo Perak" atau "Orang Kuat Perak". Sejak hari itu beliau dukenali sebagai "Rahman Sendo". Baginda juga berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu tinggallah Meor Abdul Rahman di Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya(Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima Perang Kiri, Perak, supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam, untuk mengelakkan diri beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.(Setengah bahagian daripada wang syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah disiat kepada dua bahagian.)





Berhijrah ke Singapura dan Peristiwa di Pulau Sudong






Mahaguru Meor Abdul Rahman(1942)Pada penghujung tahun 1938, beliau pergi ke Singapura mencuba nasib untuk mencari pekerjaan. Beliau bekerja di Naval Base sebelum mendapat pekerjaan di Gillman Barrack. Di Gillman Barrack, beliau turut menjadi Guru Kombat(Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal Signal Corps tentera British, yang ketika itu di bawah Pegawai Memerintah Lt. Kol. Pope.

Pada tahun 1942 Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Meor Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari pulau Singapura. Meor Abdul Rahman meninggalkan pulau Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947.

Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Pasir Panjang. Di situ terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

Selepas sehari berkayuh akhirnya beliau dan keluarga beliau mendarat di sebuah pulau yang kelihatannya agak selamat daripada hujan peluru musuh. Di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Naning telah memaklumkan syarat untuk orang luar yang ingin menumpang di pulau tersebut, iaitu bertarung dengan seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang berkulit gelap,bertubuh pendek tetapi tegap. Beliau mempunyai lengan sebesar paha orang dewasa. Penduduk Pulau Sudong mula keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan tersebut. Mereka telah memukul gendang sambil bersorak-sorai seolah-olah menyaksikan suatu pesta pula. Dalam keadaan diri yang sangat keletihan setelah sehari suntuk mengharungi lautan, Meor Abdul Rahman terpaksa pula berlawan dengan pendekar Pulau Sudong bagi memenuhi tuntutan syarat jika ingin menumpang di pulau tersebut. Sebelum pertarungan bermula, beliau terlebih dahulu meminta pandangan ahli keluarga beliau. Nampaknya beliau sudah tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menghadapi Wak Kusang. Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai, manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan.

Pada suatu malam, lebih kurang satu minggu beliau berada di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran kepadanya iaitu suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong. Lembaga tersebut menyuruh Meor Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia(lembaga itu) berjanji akan membantu beliau.Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Orang-orang yang berada di Pulau sudong menjadi gempar. Berita tentang pendaratan tentera Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Masing-masing menjadi begitu khuatir dan bimbang, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. Penghulu dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan. Penghulu Pulau Sudong mencadangkan supaya dipindahkan sahaja semua perempuan-perempuan muda ke Pulau Senang atau ke Pulau Pawai sementara yang lain mencadangkan supaya perempuan-perempuan muda disorokkan ke dalam hutan. Yang lebih berani pula menyuruh supaya menentang sahaja orang-orang Jepun yang ingin merosakkan anak-anak gadis pulau itu, serta bermacam-macam lagi cadangan. Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan beliau. Orang-orang pulau memang menaruh harapan kepada beliau kerana mereka mengetahui Meor Abdul Rahman pernah menewaskan jaguh Pulau Sudong, iaitu Wak Kusang.

"Saya ada satu ilmu yang guru saya bagi. Ilmu ini belum pernah dicuba, tetapi kita boleh cuba...syaratnya kena masuk Gayong dahulu..."kata Meor Abdul Rahman. Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan. Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup menentang kemasukan tentera Jepun.Tujuh pemuda tersebut terdiri daripada Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Kekeh, Mustapa, Bendol dan Wak Kusang. Itulah detik permulaan Meor Abdul Rahman memperkenalkan ilmu Silat Seni Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai yang berlaku pada kira-kira jam 11.00 pagi 17 Februari 1942 di rumah penghulu Pulau Sudong.

Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan. Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul Rahman(kira-kira seramai 200 orang). Meor Abdul Rahman kemudian meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning dan rakan-rakannya meraba-raba di dalam air. Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun. Mereka menjawab, "Jika Cikgu suruh bunuh, kami bunuh..." Seorang daripada penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, takut-takut nanti jika dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain. Ketujuh-tujuh mereka lalu menjawab,"Kami lebih rela mati syahid daripada hidup dayus..." Keadaan ini telah membuktikan bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran pantai Pulau Sudong.

Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tibalah dengan kapal pendarat tenteranya. Seperti kebiasaan, mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk memanggil orang-orang kampung agar mengangkat mereka ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mulut mereka becok merungut-rungut kerana belum berjumpa wanita muda di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,tentera Jepun itu sampailah ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa. Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah Meor Abdul Rahman.Sentuh pun mereka tidak mahu.Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar sambil merungut-rungut di dalam bahasa Jepun, "Krahh...krahh...krahh..." Tentera Jepun pun berlalu dari rumah Meor Abdul Rahman.

Selepas tentera Jepun hilang daripada pandangan, maka terselamatlah perempuan-perempuan di Pulau Sudong. Selepas peristiwa tersebut, Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan ketujuh-tujuh bilah keris tanpa hulu tersebut dicampak kembali ke laut.

Pada awalnya mereka agak keberatan untuk membuangnya, kerana mereka berhasrat untuk menyimpannya kerana percaya keris-keris tersebut membawa tuah. Setelah didesak oleh Meor Abdul Rahman, mereka pun mencampakkan keris-keris tersebut ke dalam laut, di tempat di mana keris tersebut ditemui. Menurut Meor Abdul Rahman, jika keris tersebut tidak dikembalikan semula ke laut, dikhuatiri suatu perkara buruk akan berlaku, seperti kedatangan ribut dan sebagainya. Dengan takdir Allah, maka pada hari ketiga daripada berlakunya peristiwa itu, timbullah seekor buaya putih di tempat di mana keris-keris tersebut dicampakkan.

Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai. Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.

Dua minggu kemudiannya, Meor Abdul Rahman dan keluarganya pun meninggalkan Pulau sudong untuk pulang ke kampungnya di Taiping, Perak. Penduduk-penduduk pulau itu dengan sedih telah keluar beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada beliau sekeluarga. Ketika perahu yang dinaiki oleh beliau perlahan-lahan meluncur, penduduk Pulau Sudong pun berpantun, yang berbunyi:






Pulau Sudong tanahnya lembah,
Tanam senduduk bercabang dua;
Pulau Sudong tanahnya bertuah,
Dagang menumpang sehari dua.


Lalu dijawab oleh beliau:


Pulau Sudong tanah sakti,
Sayang ketapang bercabang dua;
Hikmat Gayong meninggalkan bakti,
Memimpin wanita menempuh bahaya.






Pada tahun 1943, Meor Abdul Rahman telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pemerintah tentera Jepun kerana beliau telah mencederakan seorang askar Jepun yang cuba mengganggu isteri pertama Meor Abdul Rahman. Sewaktu dibawa keluar dari penjara untuk menjalani hukuman mati iaitu hukuman gantung, Meor Abdul Rahman dengan penuh berani dan nekad telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Jepun yeng bersenjata api dan pedang samurai. Walaupun tidak berjaya melepaskan diri secara total, tindakannya ini telah menyebabkan beliau dibebaskan secara bersyarat. Tidak lama kemudian, Meor Abdul Rahman telah dipaksa menjadi seorang askar Jepun dan telah ditugaskan di Ipoh, Perak. Semasa bertugas sebagai askar Jepun, Meor Abdul Rahman pernah beberapa kali menewaskan beberapa orang ketua PKM yang terkenal handal dan kebal.

Apabila tamat pemerintahan Jepun iaitu sekitar tahun 1945, Meor Abdul Rahman kembali semula ke Singapura. Tidak berapa lama di Singapura, beliau telah dipelawa untuk menjadi Penghulu Besar di Pulau Sudong. Sejak beliau menjadi Penghulu Besar di Pulau Sudong, maka pulau itu pun menjadi pusat Silat Seni Gayong. Dari Pulau Sudong inilah Silat Seni Gayong berkembang, sehingga merebak ke pulau-pulau lain seperti Pulau Seking, Pulau Bukum dan sebagainya.

Apabila berita tentang kehebatan Silat Seni Gayong sampai ke pengetahuan orang-orang di kepulauan Indonesia, mereka telah menghantar seorang wakil mereka yang bernama Wak Simong, untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong di sana. Kebetulan pula pada waktu itu penduduk di sana sedang diancam oleh lanun. Meor Abdul Rahman pergi ke Pulau Terong dengan empat orang muridnya iaitu Naning, Mersad, Bendol(penghulu Pulau Sudong selepas Meor Abdul Rahman) dan seorang lagi yang tidak dapat dipastikan namanya. Maka Silat Seni Gayong pun berkembanglah dengan pesat di Pulau Terong, Pulau Geranting, dan seterusnya beberapa pulau yang lain, termasuklah di kepulauan Riau.




Mengembangkan Silat Seni Gayong






Dalam tahun 1947, Meor Abdul Rahman meninggalkan Pulau Sudong apabila beliau dipelawa menjadi mata-mata gelap (anggota CID) oleh kerajaan Singapura. Ketua Polis Singapura telah mendapat tahu rahsia kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman sewaktu beliau berkhidmat sebagai Guru Kombat di Gillman Barrack. Di atas jasa-jasanya menentang keganasan tentera Jepun, beliau dikurniakan pingat keberanian King George VI oleh kerajaan Inggeris. Di sekitar tahun ini juga beliau giat mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong di tanah besar Singapura. Menjelang tahun 1948, jumlah anak murid Gayong sudah mencapai 100,000 orang, dengan 50,000 daripadanya adalah dari kepulauan Indonesia.Mahaguru bersama Sultan Kedah dan Tengku Kassim(1957)

Dalam tahun 1957, Sultan Kedah yang ketika itu DYMM Almarhum Sultan Badlishah telah mewakilkan Tengku Kassim yang juga bergelar Tengku Laksamana Kedah menjemput Meor Abdul Rahman serta rombongan Silat Seni Gayong Singapura datang ke negeri Kedah, seterusnya mengadakan persembahan silat di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.Tujuannya ialah untuk memperkenalkan Silat Seni Gayong kepada rakyat Kedah agar dapat dipelajari. Di Kedah, Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Beliau telah bertanya kepada Sultan Badlishah mengapa beliau dipilih untuk mengembangkan silatnya di Kedah sedangkan di Kedah terdapat ramai pendekar silat. Baginda Sultan telah bertitah,"Adik Kassim yang desak kerana main(silat) dengan Siam tak sampai dua minit dah kalah. Beta dengar Cikgu pernah kalahkan orang-orang Siam dan tangkap sehingga terjelir lidah..." Pada awalnya Meor Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Kedah kerana menghormati pendekar-pendekar silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar di Kedah. Baginda telah bertanya kepada Meor Abdul Rahman tentang rahsia berjalan di atas bara api yang baginda saksikan sendiri dalam demonstrasi di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.Mahaguru bersama Dato' Onn Jaafar(1959)

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di Alexandra,Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat daripada bapanya, Daing Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daing Uda Mohd.Hashim yang sedang melakukan upacara "menurun" ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata,"Jika betul awak keturunan Bugis, cuba tukarkan bunga melur ini kepada benda lain..." Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’ Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru). Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Dengan terdaftarnya Silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Silat Seni Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir(ayahanda Cikgu Abd.Rahman) dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. Gelanggang latihan silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi(berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan Tun Hussein Onn sendiri.

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.




Seni Gayong di Selangor







Pada awal tahun 1960-an(sekitar tahun 1963), Tony Razman(bintang filem) bersama-sama Harun telah pergi ke Singapura untuk menemui Mahaguru Meor Abdul Rahman. Mereka telah memohon kepada Meor Abdul Rahman agar memperturunkan pelajaran Gayong kepada sekumpulan murid di Selangor. Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan menaiki sebuah kereta, Mahaguru Meor Abdul Rahman pun bergerak naik ke Selangor dari Singapura. Ketika Mahaguru Meor Abdul Rahman sedang mengajar silat di Chow Kit, datang beberapa orang samseng yang diketuai oleh Mat Lodeh bersama-sama dengan Hasyim Teksi dan beberapa orang rakannya yang lain. Mat Lodeh lalu memperkenalkan diri mereka,"Cikgu, kami semua ni guru silat. Saya Mat Lodeh. Ni Hashim Teksi..." Lalu dijawab oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman,"Kalau nak cerita pasal silat, baik engkau lima orang balik..." Apabila menyedari gertakan mereka tidak berhasil, maka samseng-samseng tersebut pun berlalu dari situ. Tidak berapa lama kemudian, tiba sebuah lori yang dipenuhi dengan samseng-samseng lain. Begitu pun, Mahaguru Meor Abdul Rahman tidak berganjak dari tempatnya. Dengan bersenjatakan kapak, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memberi amaran kepada samseng-samseng tersebut,"Balik!!!Sebelum aku mengamuk..." Menyedari amukan Mahaguru Meor Abdul Rahman boleh mengakibatkan banyak kemalangan jiwa, maka samseng-samseng tersebut sekali lagi terpaksa berlalu pergi. Beberapa hari kemudian, datang pula beberapa orang ketua samseng menemui Mahaguru Meor Abdul Rahman. Samseng-samseng tersebut dengan lagaknya memberitahu Mahaguru Meor Abdul Rahman bahawa mereka boleh menumbangkan gajah dengan tumbukan mereka. Lalu dijawab oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman,"Hah! Marilah tumbuk Meor Rahman pula..." Apabila terasa diri mereka diperkecilkan, samseng-samseng tersebut tanpa berfikir panjang terus menyerang Mahaguru Meor Abdul Rahman. Serangan-serangan daripada samseng-samseng tersebut mudah sahaja dipatahkan oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman. Akhirnya, samseng-samseng tersebut mengaku kalah dan meminta maaf kepada beliau. Samseng-samseng tersebut telah meminta untuk menjadi murid Mahaguru Meor Abdul Rahman pula. Berita kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman menumbangkan kepala samseng di Kuala Lumpur telah tersebar dengan cepat. Tidak lama kemudian, Mohd.Razali Salleh(kemudian menjadi Setiausaha PSSGM) telah tiba di tempat kejadian dengan menaiki motosikal jenis Lambretta. Roda motosikalnya hampir-hampir tercabut kerana dipandu dengan laju. Mohd.Razali telah memohon kepada Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk menjadi murid Silat Seni Gayong. Apabila Mohd.Razali Salleh memasuki Gayong, Silat Seni Gayong telah dikembangkan di Selangor melalui persatuan belia. Dewan Belia Kampung Pandan menjadi pusat latihan terawal di Selangor, manakala gelanggang Gayong terawal terletak di Kampung Baru, iaitu di belakang rumah Mohd.Razali Salleh. Di Selangor, Gayong dikembangkan secara mengadakan demonstrasi silat. Beberapa demonstrasi silat telah diadakan di Kampung Pandan, Damansara(di hadapan adinda Sultan Selangor), di Dewan Belia Kampung Pandan(di hadapan Datin Paduka Aisyah Ghani, yang juga menjadi ahli Gayong). Apabila Mohd. Razali Salleh mengambil alih jawatan Setiausaha Agung PSSGM dari En.Hussein(Kedah), pejabat Gayong telah dipindahkan ke Dewan Belia Kampung Pandan, iaitu pada tahun 1969.Sewaktu menerima anugerah DPCM(1971)

Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini(DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan apabila beliau telah kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Silat Seni Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan semula negeri Gangga Negara(nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak.

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Dengan perlantikan ini, Perdana Menteri Malaysia(berketurunan Bugis) dengan rasminya telah menjadi murid kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Istiadat pertabalan itu telah diadakan di kediaman Tun Abdul Razak iaitu di Seri Taman, dengan disaksikan oleh kerabat-kerabat Gayong dari Perak, Kedah dan Selangor. Tun Abdul Razak kemudian mengakui dan berikrar bahawa anggota-anggota Gayong adalah "saudara segayong". Beliau juga diterima menjadi "anak angkat" kepada Dato' Meor Abdul Rahman dan menjadi "abang angkat" kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah yang menjadi Penaung Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Adat istiadat melantik Tun Abdul Razak ini diselubungi suasana yang mengandungi unsur-unsur ghaib. Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain. Hadir sama di istiadat itu ialah Imam Khalifah Gayong Selangor, Datuk Harun Idris, Imam Khalifah Gayong Perak, Datuk Sri Kamaruddin Mat Isa, Imam Khalifah Gayong Pulau Pinang, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Datuk Senu Abdul Rahman(Imam Khalifah Malaysia), Tan Sri Syed Nasir(Imam Khalifah Malaysia) dan beberapa orang pembesar negara yang lain.





Menyahut Cabaran Bruce Lee






Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)

VERSI KEDUA

Di Lapangan Terbang Hong Kong, ketika Dato' Meor Abdul Rahman sedang menunggu penerbangan yang berikutnya, beliau dan Syed Ahmad telah memasuki sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang. Ketika sedang menunggu pesanan tiba, Dato' Meor Abdul Rahman telah terlihat kelibat aktor Bruce Lee sedang dikerumuni oleh peminat-peminatnya di pintu masuk restoran tersebut. Bruce Lee ketika itu ditemani oleh beberapa orang pengawal peribadinya. Dato' Meor Abdul Rahman telah menyuruh Syed Ahmad supaya memanggil Bruce Lee supaya bertemu dengannya. Sebaik sahaja Bruce Lee mengetahui bahawa seorang Raja Silat Melayu ingin menemuinya, maka Bruce Lee pun terus bergegas menuju ke meja di mana Dato' Meor Abdul Rahman berada. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee yang sememangnya sangat-sangat berhajat ingin bersemuka dengan pakar silat seperti Dato' Meor Abdul Rahman, telah meminta Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kebolehannya dalam ilmu kebatinan Silat Melayu. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman pun bersetuju dengan permintaan Bruce Lee tersebut. Sambil duduk berhadap-hadapan, Dato' Meor Abdul Rahman lalu melepaskan suatu pukulan tangan yang dikenali sebagai "Kipas Senandung Dalam Senandung". Pukulan Dato' Meor Abdul Rahman ini telah mengenai tepat ke rusuk Bruce Lee, sehingga menyebabkan Bruce Lee terpelanting jauh ke belakang, bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Ekoran daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, kawasan di sekitar rusuk Bruce Lee lama-kelamaan telah menjadi bengkak(sehingga membawa maut kemudiannya).

Sebenarnya, sepanjang Dato' Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong, beliau telah banyak kali dicuba oleh pakar-pakar seni bela diri, sama ada dari luar negeri mahu pun pakar seni bela diri tempatan. Pada pertengahan tahun 1950-an, Dato' Meor Abdul Rahman pernah menumpaskan seorang ahli gusti berbangsa Eropah yang mempunyai saiz badan dua kali ganda berbanding beliau di Singapura. Ahli gusti yang mempunyai berat badan 380 lb itu dikenali dengan nama King Kong dan merupakan seorang juara gusti dunia yang tidak pernah kalah pada zamannya. King Kong juga merupakan seorang ahli gusti yang gemar melanggar peraturan gusti.

Dato' Meor Abdul Rahman juga pernah dicuba oleh pakar seni beladiri Jepun yang berbangsa Eropah seperti Donn F. Draeger(1970-an), Ricky "the Dragon" Steamboat(ahli gusti) dan Jan de Jong(1980-an). Dato' Meor Abdul Rahman, walaupun telah berusia ketika itu, hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kudratnya untuk menumpaskan jaguh-jaguh seni bela diri asing tersebut. Jan de Jong akhirnya akur dengan kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan akhirnya meminta untuk berguru dengan beliau. Disebabkan Silat Seni Gayong tidak boleh diturunkan kepada mereka yang bukan beragama Islam, maka Jan de Jong hanya diajar aspek fizikal Silat Seni Gayong, iaitu lebih berupa beberapa petua tentang penangkap di dalam Silat Seni Gayong, serta beberapa teknik serangan dan belaan menggunakan senjata simbat(kayu pendek). Lagipun, Jan de Jong adalah seorang pakar Jujitsu, iaitu beliau sangat gemarkan teknik kuncian dan jatuhan. Ketika berada di Soho, England pada tahun 1973, Dato' Meor Abdul Rahman pernah ditarik oleh samseng Cina. Ketika itu bersama-sama beliau ialah Syed Ahmad Jamalullail. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertarung dengan samseng-samseng Cina tersebut dan berjaya menumpaskan samseng-samseng Cina tersebut. Ketika melawat Osaka, Jepun pada tahun 1970, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mencuba ilmunya pada samurai Jepun. Samurai Jepun tersebut telah diberikan penimbul oleh Dato' Meor Abdul Rahman sehinggakan Samurai tersebut kehairanan melihatkan kulitnya yang tidak melecur apabila dicurahkan air panas yang baru mendidih.





Patah Tumbuh Hilang Berganti







Dato' Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar yang berketurunan Raja Bugis. Dato' Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato' Meor Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah bahawa cuma Dato'Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato' Meor Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daing Kuning kepada baginda Sultan Johor. Dato' Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat Makam Daing Kuning.

Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong(temuramah di Universiti Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan,"Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila)Dato' balik dari Singapura ke Taiping, Dato' kasihankan abang Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak belajar silat tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi Penasihat Tertinggi(Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau(di Taiping pada tahun 1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak diturunkan(tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 23 Jun 1991, bertempat di Pusat Perubatan Pakar, Ipoh kerana sakit tua. Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-fatihah