Rabu, 28 Julai 2010

Majlis Istiadat Perlimau Tapak & Perlimau Tapak Seni

Assalamualaikum..

Lama tidak bersua dengan anda semua. Ini adalah berikutan kesibukan diri dengan hal-hal pengurusan serta pelajaran di Politeknik Premier Johor Bahru. Dan Alhamdulillah pada malam ini berlangsung dan berjaya sudah Majlis Istiadat Perlimau Tapak dan Perlimau Tapak Seni yang di jalankan oleh Cikgu Jazwan B. Kahar Redza. Dan ini merupakan upacara istiadat yang julung kalinya diadakan di Politeknik Johor Bahru dan diharapkan agar jiwa anak-anak murid Gayong yang baru ini tersemat dengan semangat dan keazaman serta kecintaan terhadap PSSGM ini…