Sabtu, 3 April 2010

dalam masalah politik

assalamualaikum...

Sudah lama tidak update blog ni, kenapa ye? Sebab ada masalah politik berhubung peneraju gelanggang PSSGMPJB ni....Masih dalam usaha penerajuan.. Seandainya semester ni tidak berjaya, saya akan berjung untuk semester depan dengan meninggalkan segala jawatan di Politeknik Premier Johor Bahru. InsyaALLAH untuk meneraju kepimpinan GAYONG PJB agar gah di seluruh Malaysia..InsyaALLAH...

Permasalahan bermula apabila penasihat PSSGMPJB telah berpindah ke Sabak Bernam.. dan tika itu, saya pula melanjutkan pelajaran di sem ke 4 dimana ketika di sem 4 ni sy tidak berada di Politeknik Premier Johor Bahru kerana menjalani Latihan Industri di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, saya wariskan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang ada di Politeknik Johor Bahru untuk meneruskan perjuangan saya. Namun, berlaku pergolakan dalaman yang mana membawa kepada penangguhan gelanggang seterusnya menyukarkan kita untuk terus memulakan latihan pada semester ini. Namun usaha masih dipergiatkan.

Mudah2an kita dapat hidupkan semula PSSGM di PJB ni... jumpa di sem hadapan.. insyaALLAH...